Pankreas Buatan Pankreas buatan

Pankreas buatan merupakan satu alat gantian untuk membantu pesakit yang mengalami kerosakan pada pankreas asal yang mungkin di sebabkan oleh kecederaan pada pankreas tersebut atau pankreas tersebut telah hilang sebahagian daripada fungsi asalnya iaitu untuk mengesan kehadiran glukos yang berlebihan dalam badan dan merembeskan cecair insulin yang berfungsi untuk menurunkan tahap glukos tersebut. Pankreas buatan ini akan mengesan tahap gula dalam darah dan akan menghasilkan insulin secukupnya bagi menurunkan kembali kadar gula dalam darah ke tahap yang normal.

Bahagian Komponen Pankreas BuatanĀ :

1. Pengawal Glukos Automatik

2. Sistem Perembesan Insulin Automatik

3. Penyambung untuk Komponen Pengawal Glukos Automatik dan Sistem Perembesan Insulin Automatik.


Secara ringkasnya, diabetes dapat dipecahkan kepada 2 golonganĀ :

1) Insulin-Dependent Diabetes Mellitus(IDDM)-Berkaitan dengan insulin-Terjadi di usia muda-Perlu disuntik insulin dengan teratur supaya penderita penyakit ini kekal sihat

2) Non-Insulin-Dependent Diabetes Mellitus (NIDDM)-Bergantung kepada insulin dan faktor usia samada muda atau tua-Melalui diet yang teratur, penyakit ini dapat dikawal.